Monday, May 25, 2009

Jalan-jalan: Lepak kat NZ depan KLCC

.:Tengah tunggu order sampai:.

.:Air dah sampai, makanan lom lagi. Perut dah lapar ni. Ekin leh posing depan cawan lak:. ...Hurmmm...

.: d' Bil...Huhuhu :.


Makne name aku??

M : Makes dating fun
U : is loved by everyone
H : stick to one
A : crazy
M : Makes dating fun
M : Makes dating fun
A : crazy
D : a very good girlfriend or boyfriend anyone ever had

H : stick to one
A : crazy
F : loves people wild and crazy adore you
I : is really sweet & romantic
Z : very broad minded

Sunday, May 24, 2009

Korang tau tak???

Adakah anda tau?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan
yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegasgambling casinos. Dengan ketiadaan jam
akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico Citytenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di WashingtonD.C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar,
kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office...
Pelik bukan!

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan
tiada no 8. kan ? dan pasti ramai yang berhajat untuk checking tulisan pada
zip masing2?

kekekekeee...!!! OK dah pegi buat keja kekeke...!!!

Wednesday, May 13, 2009

Hari Terakhir di Genius Mind Sdn Bhd

Hari ni adalah hari terakhir aku bekerja di Genius Mind Sdn. Bhd. Sedey gak coz dah hampir 1 tahun aku ngan EduwebTV Call Center. Sejak dari D'Synergy Sdn Bhd lagi. Maknenye perpisahan yang ke 2 untuk tahun ni. Tapi bagi aku perpisahan yang pertama lagi pedih coz terpakse berpisah dengan ramai giler kawan2 aku dari Call Center yang di manage D'synergy tu... Aduyaiii... So,ni antara gambar2 warga EduWebTV mase hari terakhir aku dengan diorang (under Genius Mind)...

.: Yazid & Firoz :.

.: Ejat, jehan & Fadhilah (a.k.a Manja) :.

.: Aida, Tariq & Manja (eh,minah ni lagi...) :.

.: Suzielah, Shahir & Hikmah :.

.: Martinah, Sabarinus & Sharini :.

.: Akmal & Redzuan :.

.: Azmie, Mahyuddin (a.k.a Ayun), Anie & Azma :.

.: Alif :.

.: Alif (Q) & Yanti :.

.: Farah :.

.: Suzana (sowie kalau salah name) & Syahidah :.

{takde dalam gambar : Kak Siti Roshani, Wardah}



Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu...


Adalah sesuatu yang tidak harus ungkapkan.
Adalah sesuatu yang tidak harus disampaikan.
Adalah sesuatu yang tidak harus diterjemahkan.
Sesuatu itu yang mungkin disebut Kasih Ibu.


Aku & Eikin nak ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk ibu kami iaitu Farahdiba Bt. Haji Ibrahim (Ibu aku) dan Aminah Bt. Hussan (Ibu Eikin). Jasa mu dikenang. Trimas coz telah melahirkan dan membesarkan kami dengan sempurna. Kami sangat menyayangimu dan tak terbalas segala pengorbanan mu selama ini sewaktu membesarkan kami. Tidak lupa juga kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia...
"SELAMAT HARI IBU
..."

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji
Renungan...

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu.....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK...... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Friday, May 8, 2009

Selamatkan Palestin @ Noh Thoiron Ababil Phrofile [Vokalis Hujan]

Mase aku tengah merayau-rayau nak carik lagu untuk letak kt blog ni, aku terjumpa 2 buah lagu yang penuh dengan mesej. Lagu ni ceritakan tentang apa yang tengah berlaku dekat Palestin. Aku dengar sekali je, terus suke. Hope korang pon enjoy dengar lagu ni gak...Marila kita same2 bordoa agar saudara kita di Palestin terselamat dari kekejaman Israel Laknatullah... Semoga Israel akan dihancur sehancur - hancurnya oleh Allah. Amin...


Na Na Na - Noh Thoiron Ababil Phrofile [Vokalis Hujan]
Dijajah ditawan
manusia biasa dengan kekerasan
pihak atasan tiada perikemanusiaan
kebulur bunuh jatuh bangkit
diseksa letup mati dan juga bangkit
cedera yang berdarah itu sakit
pesawat berpegang dengan helikopter diatas langit
menari gumbira berak njis bomb berbau hangit
kandang buat manusia dibuat untuk manusia
nanti kalau rasa sudah penuh kita bunuh baru rasa selesa
penyelamat sudah pergi
ada bersorok ada yang lari
banyak yang berdiam diri
banyak juga yang berlakon dan bernyanyi
keganasan tak pergi
tauhid tak dikenali
musnah sesama sendiri
israel tersenyum lebar nampak gigi
bertopengkan dermawan buat muka simpati

NaNaNa!
ISLAM TAKKAN BERHENTI
LAUNGAN AZAN PASTI MENYELUBUNGI BUMI . .

NaNaNa!
ISLAM TAKKAN MATI
KEMENANGAN BUAT KITA PADA SATU HARI NANTI . .

jgn resah maupun menyerah
pesan Nabi untuk jaga adabmu iman juga jangan rekah
ibadat kita tak susah usah mengeluh
perbanyakkan bertanya jika tak tau kira sudah
pasal amal ibadat tak perlu malu
usah gusar pada qiblat mu yang satu
banyak mahzab tapi Tuhan kita tetap satu [Allah]
kaya miskin manusia kiamat pasti berlaku

niatku cuma menyampaikan pesan
Islam agama yang Indah tiada tandingan
cukup sudah al Quran buat panduan kita semua
tiada cacat cela mahupun fakta palsu didalamnya
Rukun Islam ada 5 perkara muslimin dan muslimat jangan lah pernah lupa;
2 kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa, zakat dan haji bagi yang mampu.

[Lailahalillah muhammadurasulullah, ulangkan 3 kali.]



Kelongson Peluru - Noh Thoiron Ababil Phrofile [Vokalis Hujan]

Jelas di depan mata namun masih berpeluk tubuh tak berbuat apa,
saudara Muslim ku diseluruh dunia
ada yang teraniaya,
komplot bantuan dari Amerika negara durjana
ZIONIS, membunuh dan juga memperkosa
memakan 50 tahun untuk menhancurkan masjid Al Aqsa [Palestin]
perjanjian bertukar tukar tak guna
dimana tanggung jawab kita semua
palestin sudah lama menderita
bunyian ngeri tangisan anak kecil
masjid surau rumah semuanya dibedil
namun tiada tindakan yang diambil hanya jadi perbualan dunia
seribu satu pelbagai jenis cerita
melihat gelagat kejam anak Adam dan juga anak Hawa
MAJLIS BANGSA BANGSA BERSATU!
dimana kamu, hanya perpeluk tubuh terdiam membisu . .

reff:
KELONSONG PELURU, MEMBANJIRI JALAN DAN JUGA LAMAN RUMAH KU
TUHAN KU YANG SATU TURUNKAN KEAJAIBAN AGAR KAMI BERSATU
KELONSONG PELURU, MEMBANJIRI JALAN DAN JUGA LAMAN RUMAH KU
TUHAN KU YANG SATU, TUHAN KU YANG SATU . . .[ALLAH]

Mujahidin berjuang dan jangan ada yang lepas tangan
dimanakah demokrasi keamanan yang dijanjikan
ini soal politik dunia krisis ekonomi dan agama
kenapa asyik2 Islam yang kena
THAILAND FILIPINA UK sama sahaja
orang kafir takkan kemana-mana
macam tentera bergajah mati dibaling batu berapi dari neraka
hasutan syaitan makin ketara
makin berapi dendam lama membara
yahudi tak mengenang budi memang C*****
lain pula cerita IRAQ dibantai amerika
mahu membela nasib orang ARAB katanya
kau siksa mereka yg di dalam tahanan,
InsyaALLAH turunkan bala kita lihat boleh kah kau bertahan,
sampai bila? bicara? yang pasti akhirat masanya.

10 Kanak-kanak Ajaib

1. Kim Ung-Yong : Manusia Ber-IQ Tertinggi di Dunia


Lahir pada tahun 1962, Anak dari Korea ini dinobatkan sebagai manusia genius di seluruh dunia. Bayangkan Pada unur 4 tahun, dia sudah boleh membaca tulisan Jepun, Korea, Jerman, Inggris. Pada umur 5 tahun ia mampu menyelesaikan soalan kalkulus. Dia mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records denganHighest IQ” 210.

2. Gregory Smith : Mendapatkan Penghargaan Nobel Pada Usia 12 tahun


Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian. Berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates. Perkumpulan Orang muda seluruh dunia.Ia pernah bertemu langsung dengan Presiden Bush, dan juga Michael Gorbacev lho.

3. Akrit Jaswal : Dokter Bedah usia 7 tahun


Jolokan “anak
terpandai di dunia” telah melekat pada Akrit Jaswal, seoarang anak dari India. Ia mengejutkan Publik, ketika pada umur 7 tahun melakukan pembedahan pada seorang gadis tempatan di tempatnya. gadis itu menderita luka terbakar di tangannya, hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan Jaswal pun melakukan pembedahan hingga jemari gadis itu terbuka seperti sedia kala. Saat ini, ia tercatat sebagai doktor paling muda di dunia, ia diterima di Universitas pada usia 11 tahun.


4. Cleopatra Stratan : Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ per lagu


Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. ia telah mencatat sejarah di Industri muzik sebagai seorang penyanyi. Dengan albumnya tahun 2006 La vĂ¢rsta de trei ani (”pada usia 3tahun″). Dia mencatat record seorang artis cilik yang tampil diatas panggung dengan ribuan penggemarnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencetak #1 Hit

5. Aelita Andre : Pelukis di usia 2 tahun



Anak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun sudah menunjukkan kualiti sebagai genius, ia memiliki sebuah gedung pameran untuk karya-karya abstraknya.
Pada mulanya Mark Jamieson, Pengarah dari Brunswick Street Gallery di Melbourne’s Fitzroy, Tertarik melihat sebuah foto lukisan dari Aelita Andre dan dia mahu bergabung dalam kumpulannya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, beliau baru saja menyedari bahwa Aelita adalah kanak-kanak yang masih berumur 22 bulan. Namun ia tetap meneruskan pamerannya itu.

6. Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard ketika Masih di Bangku SMA

Lahir di New York dan membesar di Omaha pada 1940. Genius ini, ketika di kelas empat ia menguasai aljabar, di akhir SD ia sudah menguasai geometri, kalkulus dan filosofi. Saat SMU ia memperoleh surat dari Harvard agar melamar sebagai dosen, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan sekolahnya dahulu. Kripke dihadiahi Schock Prize, Nobel Filosofi. Sekarang, ia dinobatkan sebagai ahli filsafat terbesar dalam sejarah

7. Michael Kevin Kean : Lulus kuliah pada umur 10 tahun


Kaerny, lahir pada tahun 1984, ia menyelesaikan kuliah pada umur 10 tahun. dan tercatat sebagai sarjana termuda. Dia mengajar di universiti pada usia 17 tahun. Namanya semakin terkenal apabila dia memenangkan sebuah kuiz online. Pada 2006, dia mencapai final di tanda burnett/aol perebutanGold Rush, permainan menguji/teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta di permainan kenyataan online.

8. Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14 tahun


Seorang warganegara America dan Italia ini sungguh genius. Pada tahun 2007 ia memperolehi Grandmasternya, 11 bulan, 20 hari. Sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda. Dan baru-baru ini pada bulan April 2009, ia memperoleh Elo rating 2649, dalam usianya yang dibawah 18 tahun, membuatnya sebagai pemeroleh ranking terbanyak, dan menakjubkan, hal itu dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.

9. Willie Mosconi : Pemain Bilyard Professional pada usia 6tahun.


Mendapat jolokan “Tuan Pocket Billiards”. Dia berasal dari Philadelphia, Pennsylvania. Ayahnya seorang pemilik tempat Billyard, namun ayahnya tidak mengizinkannya bermain. Ayahnya melihat bakat anaknya, ia sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya.
Antara tahun 1941 dan 1957, dia memenangi BCA World Championship selama 15 kali tanpa pernah kalah sekalipun. Dia membuat berbagai macam trik, membuat banyak rekod, dan membuat billyard menjadi olahraga yang terkenal

10. Elaina Smith : Penyiar Usia 7 tahun


Dalam usianya yang 7 tahun Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan nasihat tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana berpisah dengan pasangan, bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmoni. benar-benar genius..!!!!!

Jalan-jalan : Petrosains


Hari Sabtu lepas (2 Mei), aku dengan Eikin bosan sangat xtau nak watpe. So coz dh xtahan bosan dok umah, Eikin ajak aku gi Pusat Sains Negara (Kat Damansara kalau xsilap aku...). cam malas lak coz jauh. Kitorang wat keputusan gi Petrosains je la... Ok la tu... aku pon xpenah gi lagi... (sedey giler ...).

Sampai je, pergh... ramai giler orang. Siap ade rombongan sekolah lagi. Dari Perak. Xpe2, aku soh Eikin je gi beratur beli tiket. Hehehe... Ala,aku dah kuar duit, pe salahnye dia gi beli. Salah ke???

Nasib sampai awal, tu pon dapat tiket untuk pukul 1.30 ptg. Kalau lambat sikit,silap2 kol 3.30 baru leh masuk. Tu pon kalau ade tiket lagi la. Mase tu baru kol 12.00 tgh. Kitorang trus cari tempat makan sementara nak tunggu kol 1.30ptg. Cam nak makan laksa. Gi la ke kedai Little Penang. Order lakse, sirap bandung dengan cendol. Leh tahan la rasenye,cume harge je xbrape leh nak tahan. Huhuhu... Ni gambar menu yang kitorang order... Jangan jeles ek...



Tepat kol 1.30ptg, kami pon memulakan pengembaraan di Petrosains (chewah...). Ni antara gambar-gambar yang sempat kitorang amek kat dalam tu. Gambar lain aku simpan dalam laptop.


Dalam pukul 6.00ptg cmtu kitorang pegi pasar malam jalan TAR lak. Ok la,aku dah malas nak menaip ni. Salam...

Thursday, May 7, 2009

CSR yang Terlampau...hehehe...

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walaubagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

Microsoft: Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?

User: Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.

Microsoft: Masalah bagaimana tu encik?

User: Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”

Microsoft: Hilang?

User: Ya, ia hilang.

Microsoft: Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?

User: Kosong, tak ada apa-apa.

Microsoft: Tak ada apa-apa?

User: Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.

Microsoft: Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?

User: Macam mana saya nak tau?”

Microsoft: Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?

User: Apa tu si-perom?

Microsoft: Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?

User: Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.

Microsoft: Adakah monitor anda ada power indicator?

User: Monitor tu apa?

Microsoft: Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV. Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?

User: Saya tak tahu.

Microsoft: OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?

User: Rasa-rasanya.

Microsoft: Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.

User: Yaa, terpasang.

Microsoft: Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?

User: Iya ke?.

Microsoft: Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut.

User: Okay, jumpa dah.

Microsoft: Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.

User: Alamak tak sampai laa.

Microsoft: Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?

User: Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.

Microsoft: Gelap?

User: Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.

Microsoft: OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.

User: Tak boleh.

Microsoft: Tak boleh? Kenapa?

User: Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.

Microsoft: Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?

User: Ada… saya simpan kat dalam almari.

Microsoft: Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.

User: Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?

Microsoft: Iya, rasa-rasanya macam itulah.

User: Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?

Microsoft: Beritahu mereka anda terlalu BANGANG untuk memiliki sebuah komputer.